Telegram Group Search
Forwarded from Muhammad Syukur
W A K T U D O A M U S T A J A B
H A R I A R A F A H


Bermula masuk waktu Zohor hingga waktu Maghrib pada Hari Arafah

Waktu di Arab Saudi
9 Zulhijjah - Ahad - 16 Jun 2024
Zohor 🇸🇦 12:22 tengahari
Maghrib 🇸🇦 7:04 malam

Waktu Malaysia
9 Zulhijjah - Ahad - 16 Jun 2024
Waktu 🇲🇾 5:22 petang
Waktu 🇲🇾 12:04 tengah malam

Bagi yang berada di 🇲🇾 Malaysia, puasa pada hari Sabtu di kira Puasa Hari Tarwiyah manakala puasa pada hari Ahad 16 Jun 2024 (9 Zulhijjah 1445H) dikira Puasa Hari Arafah

Doa yang terbaik pada Hari Arafah
Kredit kepada JAKIM


1. Ya Allah, kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah, masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami

3. Ya Allah, kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah ‎ﷺ

4. Ya Allah, masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah ‎ﷺ, keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus

5. Ya Allah, selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu

7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku

8. Ya Allah, terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan catatan amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah, kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman

11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunanMu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu

12. Ya Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu

13. Ya Allah, tingkatkanlah kecintaanku untukMu dan NabiMu ‎ﷺ

14. Ya Allah, ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan RezekiMu

15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredaanmu

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untukMu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat

17. Wahai Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku

18. Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah

25. Ya Allah, tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan

27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu

28. Ya Allah, lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka

29. Ya Allah, ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil
30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik

31. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk Tahajjud dan solat subuh setiap hari

امين اللهم امين

Semoga bermanfaat dan selamat beramal

Terima kasih

Jom Selawat
Forwarded from Zam Hemmet
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Allahuakbar, Astaghfirullah,
Arafah adalah Gambaran kita di Padang Mahsyar kelak, Takkan mungkin, Takkan mampu, takkan boleh kita dapat cari orang2 yg kita pernah buat salah, silap, aniaya, ngumpat & sebagainya untuk minta maaf sesama kita,
Oleh itu, saya ingin minta maaf diatas segala salah & silap selamanya saya hidup samaada secara sengaja atau tidak, sedar atau tidak, yg terang atau tersembunyi didunia ini lagi.

Ishfaqlana Ya Rasulullah!
Ishfaqlana Ya Rasulullah!
Ishfaqlana Ya Rasulullah!
۞اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Umat Islam berduyun-duyun menuju ke Arafah untuk menunaikan rukun wuquf dan memenuhi hari dengan ibadah dan doa.

Allah indahnya pemandangan ni. Semoga kita semua dapat menikmati peluang sebegini... insha'Allah
Forwarded from Ahmad Zahiruddin Zailani
Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Ubaida menyeru para jemaah haji yang kini sedang menyempurnakan rukun Islam kelima untuk mendoakan saudara-saudara mereka di Gaza.

Katanya, dalam waktu yang diberkati ini doa umat Islam juga diperlukan untuk para pejuang yang kini berkhidmat menentang musuh.

Tambahnya, ibadah Haji ini adalah peluang untuk mengingatkan negara dengan dua billion umat Islam mengenai realiti pergelutan mereka demi Al Aqsa dan menghalang pencabulan Yahudi Zionis ke atas Baitulmaqdis.

Sumber : Briged Al-Q45.54m
Ya Allah, Kau qabulkan hajat kami dan Kau qabulkan hajat para jamaah haji yang sedang berwukuf di Arafah.

Kau satukan hati-hati kami, dan Kau satukan hati-hati umat Islam sejagat.

Kau satukan hati pemimpin-pemimpin Arab dan 'Ajam agar bersepakat dan bermuafakat dalam agenda untuk memertabatkan masa depan Islam dan masa depan umat Islam sejagat.

Kau satukan hati pemimpin negara-negara Arab dan negara Umat Islam agar bersepakat dalam mendokong perjuangan pembebasan bumi Palestin dan Masjid al Aqsa dari jajahan regim zionis dan sekutunya, Ya Allah.

Kau satukan pemimpin Melayu dan umat Islam di Malaysia agar bermuafakat dalam agenda yang akan memertabatkan masa depan, umat, agama dan negara.

Hindarkan diri kami, keluarga kami dan umat ini dari kejahatan para musyrikin, para munafik dan mereka yang berniat jahat terhadap umat Islam ya Allah.

Ya Allah, ampunilah dosa kami dan keluarga kami.

Kau terimalah munajat kami, insan yang lemah dan tidak punyai sebarang kekuatan, melainkan daripadaMu jua ya Allah.
Sudah senaraikan doa? Bagi yang masih belum, boleh save senarai ini, untuk dibaca pada Hari Arafah ❤️

SENARAI HIMPUNAN DOA HARI ARAFAH

1. Ya Allah, Kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar. Selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.

2. Ya Allah, Masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan orang yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (SAW).

4. Ya Allah, Masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (SAW), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah, Selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, Satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.

7. Ya Allah, Sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

Suasana di Padang Arafah

8. Ya Allah, Terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, Apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.

10. Ya Allah, Kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11. Ya Allah, Masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.

12. Ya Allah, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.

13. Ya Allah, Tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan NabiMu (SAW).

14. Ya Allah, Ampunilah aku dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan RezekiMu.

15. Ya Allah, Berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

Jemaah melakukan ibadah kemuncak di Padang Arafah

16. Ya Allah, Sucikan niatku hanya untukMu semata-mata dan lindungilah aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ngungkit nikmat.

17. Ya Allah Penciptaku dan Tuhanku, Jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Ya Allah, Jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.

19. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21. Ya Allah, Tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja amal dan Sadakatul Jariah.

22. Ya Allah, Berkatilah hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

Minta pada Allah bersungguh-sungguh

23. Ya Allah, Lindungilah aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Ya Allah, Berkatilah hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.

25. Ya Allah, Tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu.

26. Ya Allah, Selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, Izinkan aku dan suamiku/isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.

28. Ya Allah, Lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah, Ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah, Aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kekufuran, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah, Berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Berdoalah tanpa jemu
HARI KE-9 DZULHIJJAH, HARI ‘ARAFAH YANG SANGAT AGUNG

Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu berkata,

كان يقال: في أيام العشر بكل يوم ألف، ويوم عرفة عشرة آلاف يوم -يعني في الفضل-.

 “Dahulu dikatakan: Pada hari-hari 10 (awal Dzulhijjah) ini masing-masing harinya bernilai 1.000 (seribu), sedangkan hari ‘Arafah bernilai 10.000 (sepuluh ribu).” -yang beliau inginkan adalah keutamaannya-.

[Al-Baihaqi dalam Syu'abul Iman, no. 3488]

Al-Hafidz Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah menerangkan -setelah membawakan riwayat Anas di atas-,

وفي «صحيح مسلم»، من حديث أبي قتادة - مرفوعا - «إن صيامه كفارة سنتين» .

"Dalam Shahih Muslim juga, dari hadits Qatadah -secara marfu'- :

“Bahawasanya puasa ‘Arafah merupakan penggugur dosa selama 2 tahun.”

وهذه النصوص: تدل على أن كل عمل في العشر فإنه أفضل من العمل في غيره، أما سنة أو أكثر من ذلك أو أقل. والله أعلم بحقيقة ذلك كله.

Dan nash-nash ini semuanya menjadi dalil bahawa seluruh amalan pada 10 (awal Dzulhijjah) lebih utama daripada amalan pada selainnya, adapun nilainya itu setahun atau lebih banyak dari itu atau lebih sedikit, maka Allah lebih mengetahui hakikat dari itu semuanya."

[Fathul Bári li Ibni Rajab, (9/17)]
2024/06/15 14:18:00
Back to Top
HTML Embed Code: